Isnin, November 01, 2010

Kemalangan ngeri

NGERI...anggota polis trafik   mengalihkan  mayat mangsa di MRR2, awal pagi semalam. Gambar kecil, Digat.
NGERI...anggota polis trafik mengalihkan mayat mangsa di MRR2, awal pagi semalam.

KUALA LUMPUR: Tubuh seorang penunggang motosikal terputus dua selepas digilis berpuluh kenderaan yang tidak sempat mengelak mangsa yang terbaring di atas jalan raya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi semalam, mangsa yang menunggang motosikal bersendirian hancur lumat akibat rempuhan bertali arus kenderaan yang melalui Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) berhampiran Bandar Tasik Selatan, di sini.

Sumber polis trafik Kuala Lumpur berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke ibu kota sebelum dilanggar dari belakang.


“Berdasarkan siasatan, polis percaya mangsa berkemungkinan dirempuh kuat dari belakang oleh sebuah kereta atau kenderaan berat menyebabkan dia tercampak ke atas jalan raya.


“Mangsa terjatuh ke tengah jalan kemudian dirempuh beberapa kenderaan yang dipandu laju. Keadaan jalan yang gelap dan menurun bukit dipercayai menyebabkan pemandu kenderaan yang melalui lokasi kejadian tidak sempat mengelak lalu menggilis tubuh mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang digilis berulang kali menyebabkan badannya terputus dua.

“Malah beberapa penunggang motosikal turut terjatuh dan mengalami cedera ringan selepas terlanggar tubuh dan kepala mangsa.

“Namun semua kenderaan yang tidak sengaja merempuh tubuh mangsa terus meninggalkan lokasi kejadian selepas menyedari objek dilanggar adalah mayat manusia,” katanya.

Katanya, orang ramai kemudian segera menghubungi polis sebelum anggota polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Siasatan awal, mangsa dikenali sebagai Digat a/l Mentagas, 29, berasal dari Rumah Kanawit, Sarawak.

“Susulan kejadian itu, anggota polis trafik terpaksa mengutip cebisan daging mayat mangsa yang berteraburan di atas jalan sepanjang,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa yang hampir hancur itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Sementara itu, orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau talian Rakan Cop 03-21159999. - Hrmetro


**tunggangler dengan cermat & selamat ..ingat orang yang tersayang...

25 ulasan:

  1. ahkak, Nuffnang kat blog ahkak ni ada 2 je lagi satu Iklan disebalik entry akak tak wat ek...nanti tak dapat BE kalo tak cukup ketiga2 iklannya...ngeri la xcident tu...

    BalasPadam
  2. lagi satu iklan yang kat sidebar tu kalo leh letak kat atas sekali kasi nampak sikit...nge...nge...mana gambo pi makan kat rumah ayu dgn suziey?

    BalasPadam
  3. tgk psl accident ni kt brita 1.30pm smlm..mmg ngeri kena gilis ngan byk moto & kete tk silap...daging2 bertaburan...huhuhu

    BalasPadam
  4. ouch ngerinya...minta la dijauhkan..yg langgar dia tu la jahanam..langgar lari ni..

    BalasPadam
  5. area tu memang org suka bawak kenderaan laju²...iva kalau nak kuar simpang tak berani kat area tu...mana taknya...patutnya kita punya jalan tapi kita plak dihon² macam salah sangat kita nieh...huhuhu

    BalasPadam
  6. Yang melanggar tu patutnya dilanggar cam tu. nayakan orang je.kau letak tepi pun tak pelah .Daripada ko biarkan cam tu.

    BalasPadam
  7. Owh tidak,
    Tidak sanggup utk wanie melihatnya,
    Huk huk huk

    BalasPadam
  8. aaah kak...mmg ngeri kan...tgk news kt tv mlm sbtu tu...adeiii...ngeriii...

    BalasPadam
  9. anje
    4 ur info..akaun nuffnang nie pun pojiepooh yg tlg buatkan...so akak tak reti nak godek byk2...iklan disbalik n3 camno tu?? meh ler ajar akak gonjeng uols nie huhu uiks tu yang akak konpius nie..kkadang iklan sidebar & atas tu muncul kekadang xde...camne nk buat dia muncul jek arr?? hehehe oh gambo kt rumah ayu mmg xde sbb akak bawak camera without bateri ye...hahahaha

    mamatisya
    mmg ngeri weiii...camne ler kluarga si mangsa tgok kan...

    joy
    sgt2 ngeri so berhati2 ye uols

    kanda & iva
    wah bila lak ada kanda nie ahaksss...so uols berdua pun hati2 ye...

    kak ina mail
    org tu rasa takot kot..ylaaa langgar org kan...kalo langgar binatang ok lagik...

    eazy
    yezzaa!! hati2 ye dik

    cik wanie
    owh kalo ngeri xyah tgok picta tu..baca jek n3 akak nie hehe

    sweetdarling
    ouchh!! jugak

    ina momguess
    mmg ngeri noks...sib baik gambo pun blur2 jek...huhu

    zura
    kesian & ngeri...

    BalasPadam
  10. asyik cerita kemalangan je skrg ni

    BalasPadam
  11. asyik cerita kemalangan je skrg ni

    BalasPadam
  12. uiks berita nie pagi2 lagi den dah bace ... huhuh ngeri sgt2 .. siann pun ada .. dah ajal dia mcm tuu
    mohon kepada allah moga kita menemuinya dgn cara yg baik dan selesa .. aminnnnnn ...

    BalasPadam
  13. uishh..teruknya..tapi takleh salahkan mereka yang tak sengaja menggiliskan..

    blk kena check tyr, mana tau ada cebisan daging manusia gak..huhuhuh

    BalasPadam
  14. Masya Allah
    tak sanggup nak tgk

    BalasPadam
  15. astagfirullahhalazimmm, ngerinye..siannya mangsa..:((

    BalasPadam
  16. Astaghfirullah... btl2 ngeri... tktnya...

    BalasPadam
  17. Aduuh ngeri kalau citer pasal xcident nie.. kesian plak bacanya.. kena langgar..bertalu2..

    So kita kenala berhati2 di jalanraya tapi tu laa kdg2 kita berhati2 tapi org lain plak yang langgar..

    BalasPadam

mEh LeR KoMeN NoT RoMeN WoKEy!!

::HeZe sUzE LiFeStLyE::