Bantu klik HB akak ni ye...terima kasih banyak2!!

Rabu, November 26, 2008

UCAPAN 10Q

Ermmm...tgh dok surf blog, tjumpalah this tag. This tag aku tujukan khas buat frenz aku iaitu mamie Ikin, Rina, YoYo, Tasha & Sue. U all are very special 2 me...wlaupun jarang2 bersua tp kenangan & memori indah terpahat selamanya. Rasa syahdu plak...ye lah pejam celik pejam celik smuanya da married accept YoYo...its ok Yo...yg important Yo still remember me in ur life. Ekceli kitaorang ni rapat since sekolah menengah lg iaitu SMPBK tp nak ikutkan aku la yg paling nakal masa zaman skolah..nakal tau bkn jahat...klau ikut planning aku...aku nak buat aktiviti ckitlah dgn diorang ni..kira mcm sambut besday ikut bln masing2la mcm dulu, sape punya besday dia kena belanja makan....bkn apa usia makin meningkat nak gak simpan memori 2gether.....hinggalah ke anak cucu cicit...insyaallah...so 2 all my frenz pikir2kanlah about cadangan nie yek...coz kalau plan betul2 pasti ok punya tp kita hanya merancang Tuhan yg menentukan...betul tak!!!!yg penting usaha ke arah tu...

ni ha...ikut urutan besday my lovely frenz:-
05 Feb - Tasha
08 Feb - Sue
28 Mac - YoYo
06 Aug - sape lg akulah...hehehe
08 Sep - Ikin
17 Nov - Rina

so 2 all my frenz....klau besday member tu jgn la lupa plak nak wish ye....huhuhu!!!

Kenangan Terindah 2008

9 TIP ELAK PERTENGKARAN BERLAKU

Elakkan Merajuk
Ramai isteri menggunakan strategi merajuk utk menang dan memaksa suami mengalah. Merajuk sebenarnya bukanlah jalan terbaik utk menyelesaikan masalah sebaliknya boleh memburukkan lgi keadaan. Walaupun dgn cara merajuk, isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa kedamaian yg kekal.
Elakkan Menghukum
Apabila bertengkar, sama ada isteri mahupun suami, masing2 akan menggunakan cara tersendiri utk menghukum pasangan. Bagi suami, kebiasaannya lebih bersikap menjauhkan diri spt 'berdiam diri' ataupun bercakap apabila terpaksa sahaja. Manakala si siteri pula akan melahirkan rasa tidak puas hati melalui perbuatan spt menunjukkan muka yg masam ataupun melalui kata berupa sindiran. Sebenarnya hukuman bkn sahaja tidak membantu proses pendamaian tetapi juga boleh merosakkan hubungan.
Elakkan Berbohong
Sekiranya pasangan kita ingin berdamai, dan kita sendiri pun mahu berdamai, jgn buat acuh tak acuh ataupun berpura2 tidak sudi. Sebaliknya tunjukkan kesungguhan anda utk berdamai dan melupakan pertengkaran yg terjadi.
Elakkn Mencari Kesalahan
Mencari kesalahan pasangan bukanlah cara terbaik utk menyelesaikan masalah. Justeru elakkan mencari kesalahan ataupun kelemahan pasangan termasuk berleter, menegur, mengkritik dan menasihati pasangan.
Elakkan Meggunakan Bahasa Negatif
Apabila bertengkar, pasti pelbagai perkataan negatif yg berupakan celaan maupun tuduhan akan terkeluar dan menyakitkan hati pasangan. Untk tujuan berdamai, cubalah gunakan bahasa indah dan berupakan pujian.
Elakkan Mengungkit
Jgn sekali2 mengungkit punca pertengkaran yg telah berlaku itu, sebaliknya bercakaplah tentang apa yang hendak dibuat.
Ukirkan Senyuman :)
Meskipun hati masih berbekas dgn pertengkaran semalam namun cubalah tersenyum kpd pasangan. Senyuman bkn sahaja dpt melegakan perasaan marah tetapi juga membuktikan keinginan utk berdamai. Justeru, senyumlah walaupun agak sukar kerana senyuman ialah cara yg mujarab utk berdamai semula.
Mulakan Berdamai
Jika benar mahukan perdamaian, ambil langkah pertama utk berdamai. Jgn tunggu hingga pasangan memulakan usaha utk berdamai. Tunjukkan bukti bahawa kita mahu berdamai. Andai kata pasangan menolah usaha kita, kerana dia memang tidak mahu berdamai, sekurang2nya kita telah berusaha utk berdamai, jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha.
Kenal Pasti Punca Pertengkaran
Selagi punca masalah tidak dikenal pasti dgn tepat, selagi itu konflik yg sama akan berulang. Apabila mengenal pasti punca masalah, jgn gunakan perkataan2 yg berfungsi sebagai label kpd perbuatan orang itu. Gunakan perkataan2 yg menerangkan apa yg sebenar telah dilakukan sehingga tercetusnya konflik.

Selasa, November 25, 2008

KELETIHAN MELAMPAU

Argghh....leceh btul ni klau adik aku si Ila tu dtg rmh with anak2 dia garenti meriah sakanla rmh ibu aku ni...bkn meriah apa meriah bersepah...hehehehe coz if u all wnt 2 know kira anak buah aku ni x mkn saman punya marahlah mcmana pun buat x reti je...(samelah mcm adik aku ni). Dah la maid aku blik indon settlekan pasport da nak mati so kira aku jdilah maid sekejap bkn apa kecian kat ibu aku nanti rmh bersepah sana sini. Aku kan anak sulong penat mcmana pun mestilah tunjukkan toladan yg baik betul tak? 4 my kids..diorang suka punya coz dpt main 2gether with sepupu diorangla kan...riuh rendah dibuatnya...sampai ayah aku x bleh nak rest skejap la gamaknya...
Bila diorang ni dah main basikal, kejo kejo, main makcik2 la (kekadang kelakor gak dibuatnya) mcm2 karenah....lucu, sedih alah....mcm2 lg la..budak2 la katakan....main ni sebahagian drpd life diorang stakat ni la..Ptg tu aku lepak kat dpur with my mum tp anak2 aku dah masuk dlm rumahla kan pastu x kluar2....rupa2nya diorang tertidur masa main2 kat dlm bilik....nilah dia gambo selepas letih bermain...
hahahaha....yg ni anak i Syafiqa
senset ckit ye...nampak peha gitu...auwwwww

2 org lg anak buah i..namanya pjg ckit
isap pting tu SRI CEMPAKA NURUL NAZRAH
yg tgn tutup muka tu SRI CENDANA NURUL NATRAH

nengoklah aksi2 keletihan melampau.....

MY HERO

Just nak citer, ekceli aku ni kira minat sgt kat 1 of movie actor yg bg aku kacak & hensem sgt....tp masalahnya actor yg aku minat ni da kawin dan mempunyai sorang anak. Baru2 ni kat tv keudaralah citer hero aku ni berlakon...apalagi kerana minat punya pasal sanggup aku tangkap gambar with camera digital aku nie pada tv kat rmh ibundaku...kelakar tak...jgn gelak ek!!!!bkn ape aku x taulah nak ckp about this actor ni...coz setahu aku sekiranya kita fall in love with somebody kita x tau nak ungkapkan @ rungkaikan perasaan cinta tu pd org yg kita suka @ cinta tu kan...lu pikirlah sendiri k!!!hehehehe.
BUT....aku jatuh cinta pada lakonan dia je....feeling habis pastu kira padanlah dgn aku kot coz actor nie x la tinggi sgt sederhana saje...perasannnnn kan...!!!mmg lah perasan coz actor nie x tau yg aku dok syok kat dia...kira perasanlah tu...SS (syok sendiri)...x pelah janji bila aku nengok je face dia sejuk ckit dibuatnya...K la...u all semua mesti nak tahu sape dia kan...jeng jeng jeng...
Enilah dia....my super hero!!!!
Masa ni dia tgh dok tenung aku tu.....huhuhuhu!!!
lihatlah face dia yg macho tu...geram dibuatnya

yg nie plak dia tgh dok usha aku nak ajak aku kluar g dating....
agak2 aku accept tak? dlm mimpi lah beb!!!


Ekceli time ni tgh fight dlm citer MI2...hehehehe jgn mare ye
This is my hero TOM CRUISE

AWARD CUTE

emmm...thanks 2 my frenz, asz coz memberi aku award yg sgat cute ni...ni lah 1st time aku dpt award...happy gak la gamaknya...at least aku tahu ada gak kwn2 aku layari blog aku yg x berapa sempurna lg...still study more!!!!

AWARD CUTE

ni syarat-syarat dia:

1. So bila dah insan2 terpilih yang mendapat award ini, mesti meletakkannya didalam blog masing-masing.

2. Link semula kepada pemberi... iaitu AKU hezesuze.

Kemudian.. anugerahkan award ini kepada 7 orang lagi....

4. Seterusnya.. hendaklah meninggalkan pesanan atau kad jemputan kepada penerima...

Isnin, November 24, 2008

IBU....

Ibu
Kau ibarat ratu
yang diagungkan setiap manusia
kau jua permaa hati
di kalangan anak2mu
Ibu
Penat lelahmu menjaga dan membersarkanku
tidak dapat ku balas
lemah lembutmu tiada tandingan
ibarat sutera ditiup bayu senja
Ibu
ku harap kau bahagia
mengharugi hari mendatang
aku bersyukur
kerana memiliki ibu sepertimu
sentiasa menerangi kegelapan hidupku
hadir menyuluh semangat
di kala ku keresahan
Ibu
kaulah segalnya bagiku
hari ini, esok dan selamanya....
yg tudung oren tu my lovely mummy.....cayang ibu!!!!

Sabtu, November 22, 2008

SENSASI LAGI KONTRAVESI....

Di malam yg dingin & jam tepat kul 12tgh mlm...jeng jeng jeng dtglah seorang hamba Allah telah menyatakan sesuatu yg membuatkanku terkezut beruk...da la i sibuk nak update blog tetiba plak ada berita sensasi terjah di telinga aku..ahah...nak tau apa dia....mayb u all pun x percaya tp kalau hamba Allah ni tipu maka tipulah jgak citer yg nak i smpaikan ek...sebenornya hamba allah tu adik lelaki i si Sazely namanya tp nickname dia abang je...citer pun bermula...si abg citer kat i yg CT Nurhaliza & Dato K dlm proses bercerai...ha...terkezut tak?terhenti jgak la i nak update blog i...ish citer hangat ni...katanya lg desas desus yg Dato K kawin lain sememangnya betul...kawin dgn sape? huhuhu..tekalah?married with nora danish sister...ayoyo...ish kecian CT kan!! tp bak kata org lah Dato K tu 'playboy' tp dek kerana nak kan CT jugak dia pun tunggulah sampai dpt CT skrg...nak dengor 1 lg citer tak...katanya jgak Dato K ada belikan sebuah kete BMW tuk Rozita Che Wan yg cun tu....kayo jugak si Dato K nie ek....menurut si abg ni jgak tu yg CT tgh dlm proses cerai tu...Mesti korang nak taukan mana lah si abg ni dpt story kan!!!!!
Alkisahnya...bakal menantu amy search kira pakwe Nabila la yg gi tau citer nie kat si abg...alah...si Edy tu....diakan duk kat Klang pastu selalu gak lepak kat wshop hubby i pastu plak kira member rapat dgn si abg nie...emmmm ada jgak si nabila tu singgah wshop tp i x sempat nak says hai kat dia coz bila dia dah bla br hubby i ckp dgn i...ish poyo betullah hubby i tu ek...kalau x tentu dah bergambo pastu masuk dlm blog..heheheheh!!! wokeylah ek itu lah citer SENSASI LAGI KONTRAVESI...
i pun terfikif gak tentu si Edy tu dpt citer dr nabilah kan!!! so nabila tu kan artis dah tentu citer ni betul...lu pikirlah sendiri....
Ekceli i nak tunjukkan kad kawin si nabila dgn edy ni kat blog i ni tp kadnya tertinggal plak dlm kete my hubby...my hubby & si abg xde right now coz ada rally kat Sepang..klau x silap i bln december ni majlis kawin diorang...ok ek tunggu hubby i balik nanti i tunjukkan kad kawin kat u all semua.
4 CT...tabahlah mengharungi dugaan hidup yg mencabar ni k.. :)

Jumaat, November 21, 2008

NICE PHOTO

Emm...amacam nice tak? 1stly thanks 2 my beloved frenz YoYo coz dialah the best teacher yg ajar i erti ciber world ni...so sape yg nak try blehlah lyari photofunia.com so u all can choose photo mana yg u all brkenan k...
Paris Hilton berkenan sgt dgn photo ni....hehehehe!!

photo with my son...sooo cute!!! i like this pic

anak i bergambar dgn Nafiz....(anak kwn i Rina)...so sweet gitu!!!

Khamis, November 20, 2008

HOUSE FOR SALE

Supprise!!! ai...bila plaklah aku ni da jadi broker rumah nie...actually aku just promote je kat blog ni kot2 sape yg interested nak beli rumah...Rumah ni terletak di Jln kunci air, Rantau Panjang Klang (berdekatan dgn skolah agama rantau panjang). Harga tu including tanah sekali tau...aku dah tinjau gak rumah ni...mmg selesa & luas jugak la klau dibandingkan dgn rmh teres skrg..harga mahal pastu kecik plak...(jgn mare ye sape yg duk rmh teres)hehehehe... BERMINAT blehla call 019-2148860.

utk mengetahui lebih details ek!!.


Gambarajah 1
Gambarajah 2


Gambarajah 3 (Selepas dibaikpulih)




Gambarajah 4



Gambarajah 5


Pandangan Hadapan (Sebelum Dibaikpulih)



House For Sale!!! Rumah berkembar 2 pintu. Harga untuk seunit rumah@1 pintu adalah seperti berikut:-


  • Harga dari RM25,000 - RM35,000

  • Keluasan 20' x 36'

  • 2 bilik + 1 bilik air

Facilities :-



  • Sistem perparitan yg sempurna.

  • Sistem pengangkutan sampah.

  • Mempunyai ruang parking kereta.

  • Mempunyai ruang sekiranya ingin mengadakan majlis kenduri kendara.

BESDAY NAFIZ

Emmmm...besday nafiz tempoh hari mmg meriah & happy jugakla dpt bersua with rina & ikin...member yg lain x taulah nape x dtg pd hari tu...sedih gak dibuatnya kalau ramai2 lg meriah kan... so ni je pic yg dpt i ambil pd hari tu...HAPPY BESDAY NAFIZ!!!
ni plak...B4 berangkat ke rmh rina, sibuk nak bergambo berdua si abg & si adik ni...umi sayang u all...muahhhhh!!!
Ishhh anak i ni, uminya nak bergambo dia sibuk nak main belon...kan dah muka i x nampak vogue gitu...i luv this pic..

alamak...si zaquan anak i ni x nak bergambo dgn nafiz...tgok si nafiz tu maintain je mcm mamanya...

Budak Baru Belajar

Hai everybody....actually if u all surf my blog garenti susunan kelam kabut dibuatnya...almaklumklah budak baru belajar....masih terkial-kial.. sape yg sudi nak tunjuk ajar pada i boleh lah ye...amat dialu-alukan.. :)
4 my frenz YoYo (but now dia g holiday kat Jakarta) & Asz...jgn mare ye coz i pilih background same like u coz hitam itu kan penuh rahsia hehhehehe..lgpun pattern yg ni plak i berkenan... ni pun nak susun ayat pun x betul lg doklah pikir kat otak ni apa yg nak dimasukkan dlam blog ni...ish payah...payah....
OKlah....give me some time to make it better ok....C U guys..

Rabu, November 19, 2008

My Pearl

hai everybody....now i nak kongsi ngan u all about my pearl ni yek...actually gambo2 anak2 i je with babahnya...citer ckitlah sebenornya i married dah 10 yrs...(ish lama gak ek) but 6 thn kawin msih belum ada tanda2 pragnant so i ambillah anak angkat so dipendekkan citer, usia baby 5 bln i disahkan pregnant...syukur alhadulillah..so now i dah ada 3 kids.
aha...sape yg x pernah see my hubby? ni lah dia :) sape yg kete rosak @ nak service blehlah jumpa dgn hubby i...dia bukak wshop sendiri SUNGAI PINANG AUTO SERVICE...dah 5 thn da...


Ni lah anak angkat i tp now dah jadi my own kids namanya MOHAMMAD HAIKAL SHAZRIL. Nama nie i yg beri & tercatit dlm surat beranak dia...hitam manis orgnya kan???


Ni gambo si kakak namanya NUR ZAHEEDA SYAFIQA & si adik MUHAMMAD ZAQUAN SYAFIQ (amacam sweet tak anak2 i???)


Bestfrenz till death...

oooiiii gerun tak dengor tajuknya...actually nak story ckit about my frenz nie...kitaorang berkawan since sekolah menengah lg..tapi very close masa form 4...ahahh kalau nak tau kitaorang ada group tau namanya T-REX tapi xlah jahat nak mkn org cuma very sad ckit 2 org frenz MIA untill now iaitu Linda & Illa.. :(
With them i feel happy....and kalau da berkumpul tu x ingat dunia beb!!!Thanks 2 be my frenz till death...
Dari kiri : Ikin, Rina, YoYo, Tasha, Sue & me...always maintain ayu gitu...sessi bergambo kat rmh Tasha di Puchong. Yg duduk tu smua anak2 kitaorang accept YoYo yg solo lagi...x tau bilalah gamaknya...

Ya ampun.....mama vogue gitu.. control ayu beb!!!


ni ha mak2 org termasuklah YoYo berebut nak bergambo sakan...mcm budak2 kan...gelihati gak nengok gambo ni :)