Bantu klik HB akak ni ye...terima kasih banyak2!!

Rabu, November 26, 2008

9 TIP ELAK PERTENGKARAN BERLAKU

Elakkan Merajuk
Ramai isteri menggunakan strategi merajuk utk menang dan memaksa suami mengalah. Merajuk sebenarnya bukanlah jalan terbaik utk menyelesaikan masalah sebaliknya boleh memburukkan lgi keadaan. Walaupun dgn cara merajuk, isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa kedamaian yg kekal.
Elakkan Menghukum
Apabila bertengkar, sama ada isteri mahupun suami, masing2 akan menggunakan cara tersendiri utk menghukum pasangan. Bagi suami, kebiasaannya lebih bersikap menjauhkan diri spt 'berdiam diri' ataupun bercakap apabila terpaksa sahaja. Manakala si siteri pula akan melahirkan rasa tidak puas hati melalui perbuatan spt menunjukkan muka yg masam ataupun melalui kata berupa sindiran. Sebenarnya hukuman bkn sahaja tidak membantu proses pendamaian tetapi juga boleh merosakkan hubungan.
Elakkan Berbohong
Sekiranya pasangan kita ingin berdamai, dan kita sendiri pun mahu berdamai, jgn buat acuh tak acuh ataupun berpura2 tidak sudi. Sebaliknya tunjukkan kesungguhan anda utk berdamai dan melupakan pertengkaran yg terjadi.
Elakkn Mencari Kesalahan
Mencari kesalahan pasangan bukanlah cara terbaik utk menyelesaikan masalah. Justeru elakkan mencari kesalahan ataupun kelemahan pasangan termasuk berleter, menegur, mengkritik dan menasihati pasangan.
Elakkan Meggunakan Bahasa Negatif
Apabila bertengkar, pasti pelbagai perkataan negatif yg berupakan celaan maupun tuduhan akan terkeluar dan menyakitkan hati pasangan. Untk tujuan berdamai, cubalah gunakan bahasa indah dan berupakan pujian.
Elakkan Mengungkit
Jgn sekali2 mengungkit punca pertengkaran yg telah berlaku itu, sebaliknya bercakaplah tentang apa yang hendak dibuat.
Ukirkan Senyuman :)
Meskipun hati masih berbekas dgn pertengkaran semalam namun cubalah tersenyum kpd pasangan. Senyuman bkn sahaja dpt melegakan perasaan marah tetapi juga membuktikan keinginan utk berdamai. Justeru, senyumlah walaupun agak sukar kerana senyuman ialah cara yg mujarab utk berdamai semula.
Mulakan Berdamai
Jika benar mahukan perdamaian, ambil langkah pertama utk berdamai. Jgn tunggu hingga pasangan memulakan usaha utk berdamai. Tunjukkan bukti bahawa kita mahu berdamai. Andai kata pasangan menolah usaha kita, kerana dia memang tidak mahu berdamai, sekurang2nya kita telah berusaha utk berdamai, jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha.
Kenal Pasti Punca Pertengkaran
Selagi punca masalah tidak dikenal pasti dgn tepat, selagi itu konflik yg sama akan berulang. Apabila mengenal pasti punca masalah, jgn gunakan perkataan2 yg berfungsi sebagai label kpd perbuatan orang itu. Gunakan perkataan2 yg menerangkan apa yg sebenar telah dilakukan sehingga tercetusnya konflik.

Tiada ulasan: