Bantu klik HB akak ni ye...terima kasih banyak2!!

Rabu, Jun 23, 2010

Zaquan Masuk Hospital, Kak Heze Cuti Blogging...

Hi uols,

Kali ini Kak Patimah Pantasia a.k.a. Kak PP, yang memegang mandat selaku PA bidan terjun Kak Heze akan mengambil alih blog ini buat seketika, untuk sebarang update terbaru, memandangkan empunya blog nih sedang bercuti seketika. So pekabo uols semua? Hope sihat² lah hendaknya. Kalau rasa² kurang sihat tuh cepat² pergi jumpa doktor tau, jangan jumpa abg bomba, no no no... Akak tak mahulah kawan² akak semua sakit juga, sebagaimana anak Kak Heze yang bongsu, Zaquan tuh, demam² sampai masuk hospital uols. Suspected H1N1 katanya. Choyyy! Hope si comel anak buah akak tuh cepat² la sihat.

So selama anak Kak Heze duduk kat Hospital KPJ Selangor (dahulunya SMC) di wad 310, tingkat 3, so selama itulah juga kak gonjeng kesayangan ramai akan bercuti buat seketika dari dunia blogging nih. Dan sebarang update, Kak PP akan sampaikan di sini. Alkisahnya begini, pada hari Isnin lepas Kak Heze ada MMS pada akak, tunjuk si Zaquan terbaring lemah di atas katil hospital.


Akak korek² rupa²nya anak beliau demam teruk sampai lemah² badan terus dimasukkan ke hospital tuh. Melalui blood test, doktor kata suspected H1N1, tak berderau darau akak bila baca update status Kak Heze tuh. Akak terus capai telekung bersimpuh berdoa kepada Allah agar anaknya dijauhkan dari sebarang penyakit selain demam sahaja. Alhamdulillah, melihat kepada perkembangan yang dikirimkan oleh Kak Heze, Zaquan kelihatan semakin pulih.



Cuma akak kurang periksa kenapa pada hari ketiga tangan si kecil nih berbalut² bagai. Takpela, jadi buat uols semua, akak bermohon bagi pihak Kak Heze dan keluarga untuk berdoa agar anak beliau cepat² sembuh dan dikeluarkan daripada hospital tuh dengan segera. Sebab kalau nak melawat pun akak takut tak dibenarkan masuk lebih² lagi kanak². Kalau nak masuk pun wajib pakai mask segala. Kak Heze cakap, cukuplah dengan iringan doa dari uols semua. Manalah tau kan semua selamat Kak Heze sama Abg Pomen buat kenduri doa selamat, ada makan² lagi. Yelah akak kempunan nak makan asam pedas ikan sembilang dia Ahad lepas uols. Akak sempat anto saka akak jer pi sana, sedap sampai menjilat jari kaki katanya. Hiks...

Oklah, sampai di sini saja coretan Kak PP buat kali ini. Apa² nanti Kak PP akan cuba update untuk informasi uols semua. Ingat pesan akak, jaga diri, jaga kesihatan, banyakkan minum air dan jumpa doktor kalau sakit.

Dadaaa didiiii duduuuu...

Mmmuahhh²,
Kak PP (^_^)V

4 ulasan:

linahilmin berkata...

kak PP, thanks for the update...
really hope zaquan cpt sembuh.
ps- sampaikan salam utk sis heze ye. tq

b0b0y berkata...

pray the best for themm.. *tgh xsehat gak ni..huhuhu

AniS GalaXy berkata...

moga zaquan cpt sembuh.
x dpt nk ziarah zaquan ats sbb t'tentu. BTW moga kak heze jgn tertido mse jg zaquan..hehehe

Abu Uwais berkata...

semoga cepat sembuh. makan ubat ek.. mesti x sedap