JENGKAUT digunakan untuk menimbus tanah perkuburan mangsa letupan Gunung Merapi ketika majlis pengebumian beramai-ramai di Sidorejo, Jawa Tengah, semalam.
SIDOREJO: Gunung Merapi yang meragut 32 nyawa awal minggu ini meletup lagi semalam, memuntahkan debu dan asap panas.
Pakar gunung berapi kerajaan, Surono berkata, gas dan debu panas keluar dari kawah gunung berkenaan, gunung berapi paling aktif di Indonesia.
“Kami mencatatkan gegaran kecil gunung berapi itu. Masih ada ancaman,” katanya.
Lebih 50,000 orang kini berada di pusat perlindungan sementara sejak Isnin lalu selepas kerajaan mengeluarkan amaran paras tertinggi menandakan gunung itu akan meletup.
Sementara itu, semua mangsa yang terbunuh dalam letupan itu, termasuk ‘penjaganya’, Mbah Marijan dikebumikan, semalam.
Lebih 20 daripada 32 mangsa berkenaan dikebumikan di satu perkuburan besar di Jawa Tengah.
Mangsa lain, termasuk Marijan dikebumikan oleh keluaga masing.
Marijan, 83, yang dilantik oleh Gabenor Yogyakarta, Sultan Hamengkubuwono X untuk menjaga Gunung Merapi tidak mengendahkan arahan supaya meninggalkan kawasan berkenaan dan mayatnya ditemui dalam keadaan bersujud di rumahnya di lereng gunung berkenaan.
Ramai penduduk hadir pada majlis pengebumiannya.
“Dia adalah orang paling dihormati di sini,” kata seorang penduduk, Ani Wijayanti, 47.
Kebanyakan mangsa mati akibat melecur atau lemas apabila gunung itu memuntahkan debu dan asap panas kira-kira jam 6 petang Selasa lalu dan ramai yang ditemui dalam keadaan berpelukan di rumah masing-masing.
Ramai lagi kemungkinan mati jika tidak kerana amaran yang dikeluarkan kerajaan sehari sebelum itu. - Agensi
**infor : hmetro
7 ulasan:
SYUKURLAH MALAYSIA TAK DITIMPA MUSIBAH CAM TU.
scary kan..sib baik kt sini x terkena camtu gak..
lepas satu satu musibah dorang hadapi kan...
syukurlah dengan keadaan kita kat sini...
takut wooo tgk keadaan mcm ni...ya Allah lindungilah kmi semua...
kak ina mail
tu ler bersyukur sgt2 kita duk kt mesia nie
dee
a ah kan uols
rasp
betul tu sis
zura
amin
innalillah,
semoga roh mereka yang muslim dan telah terkorban
ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.
nasib baik kami selamat sampai m'sia.., mmg menakutkan merasai pengalaman gegaran kat sane..
Catat Ulasan