Bantu klik HB akak ni ye...terima kasih banyak2!!

Sabtu, Januari 29, 2011

Artis mangsa minyak dagu

KUALA LUMPUR: Akibat disihir dengan minyak dagu mayat, seorang pelakon wanita drama bersiri popular membuat pengakuan pernah meninggalkan suami dan tiga anaknya semata-mata untuk bersekedudukan dengan seorang lelaki warga Kemboja yang baru dikenali walaupun ketika itu dia hamil tiga bulan.
Mangsa mendakwa ilmu hitam itu menyebabkan dia seolah-olah menjadi hamba seks lelaki terbabit selama lebih dua tahun sekitar 2007 hingga 2009. Sepanjang tempoh itu juga, semua pendapatan bulanannya turut diserahkan kepada lelaki berkenaan.

Lebih tragis lagi, pelakon itu yang berusia 27 tahun dan hanya mahu dikenali sebagai D berkata, dia juga terlantar selama sebulan di wad psikiatrik, Hospital Selayang dekat sini, selepas doktor mengesahkan dia mengalami gangguan mental.
“Segala-galanya bermula selepas saya berkenalan dengan seorang penghantar surat yang kerap datang ke pejabat saya di Damansara atas urusan kerja.

“Entah mengapa saya tiba-tiba seperti hilang pertimbangan diri kerana sentiasa dihantui wajah lelaki berusia 24 tahun itu seolah-olah ada satu daya tarikan istimewa pada dirinya.

“Saya gagal mengawal diri sehingga tidak mampu menolak setiap arahan yang diberikan, malah tidak teragak-agak meninggalkan suami dan anak untuk tinggal serumah dengan lelaki itu di Gombak,” katanya.
D berkata, sepanjang tinggal dengan lelaki itu, dia dilayan seperti pembantu rumah apabila diarah melakukan semua kerja rumah selain terpaksa menyerahkan semua wang pendapatannya.

“Biarpun dimaki-hamun dan dipukul saban hari, saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkannya, malah hati saya tetap menyayanginya. Setiap kali saya berhasrat pulang ke pangkuan anak-anak, seolah-olah ada satu kuasa mematikan niat saya itu,” katanya.
Menurut D, hampir tiga tahun bersama lelaki durjana itu, dia langsung tidak pernah menjenguk orang tuanya di kampung dan suaminya juga gagal menjejaki tempat tinggalnya.

“Saya juga seperti dirasuk kerana setiap kali ada pihak melarang hubungan kami, saya tidak teragak-agak memarahi serta memaki-hamun mereka,” katanya.

Kemuncaknya, keadaan diri D menjadi tidak keruan apabila lelaki itu menghilangkan diri. Dia mula meracau siang dan malam memanggil nama lelaki itu hingga akhirnya terpaksa dimasukkan ke hospital.

Selepas terlantar di hospital, barulah keluarganya dapat bertemu dengan D selepas dihubungi pihak hospital dan sokongan mereka membuka laluan untuk D kembali pulih seperti sedia kala.

“Saya hanya menangis sepanjang tempoh ditahan di hospital. Ketika itu, bapa menasihati saya supaya kuat semangat dan memohon pertolongan daripada Allah.

“Bimbang melihat keadaan saya semakin parah, bapa membawa saya berjumpa pengamal perubatan tradisional kerana mengesyaki saya terkena ilmu hitam,” kata D.

Menurutnya, selepas berubat dengan dua pakar perubatan tradisional, dia diberitahu lelaki itu menggunakan ilmu hitam dengan mencalitkan minyak dagu pada badannya.

“Saya turut diberitahu lelaki terbabit menggunakan sihir itu untuk mengikis harta ramai gadis sebelum menghilangkan diri,” katanya.

D bersyukur kepada Allah kerana hasil rawatan tradisional dia semakin pulih dan kini sudah mampu melupakan lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, perbuatan kejam lelaki itu menyebabkan rumah tangga D berakhir apabila dia diceraikan suaminya pada penghujung tahun lalu.

“Tentunya dia marah dan kecewa dengan apa yang berlaku, tapi dia tak tahu saya menjadi mangsa ilmu hitam. Kini saya sudah mampu menjalani kehidupan seperti biasa dan melupakan episod perit yang meragut kebahagiaan rumah tangga saya.

“Saya sanggup berkongsi pengalaman hidup saya kerana mahu ia menjadi pengajaran kepada semua wanita. Berhati-hatilah dan jangan mudah percaya dengan lelaki,” katanya.


**sumber dari harian metro

9 ulasan:

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

Ni yan lemah ni nak cari pelakon dalam Malaysia nama berpangkal ngan D.Kenapalah tak sebut nama penuh.

Adik gonjeng, terima kasih angkat akak jadi akak, sambil menyeka air mata dipipi, ada gak insan yang sudi menerima diriku yang sebatang kara.Ko sudi layan kemerapuan akak kan.

Kaseh berkata...

lahaii sapa eik artis tuh..ngeri la kena sihir2 camnih..nauzubillah..

sw33tdarling berkata...

uihhh.. siapakah artis iteww??

suzzsuzie berkata...

takutnya kalau terkena mnyak dagu ni..kdg2 benda2 tak elok ni berlaku di luar kemampuan kita...tp nak tau gak sapa artis D tu

ieda berkata...

ekeekekk aah lah uols pueh nak ingat2 saper nama artis pangkal D ekekek :)

hermem tu dunia artis kalau dunia kita org2 biasa nie lagilahh huhuhu

rasp berkata...

isk...seriau bacanya...
smoga kita semua dijauhi dari kejahatan dunia nie...

Farra Dhelina berkata...

sape lah agaknya artis tu ye?

Unknown berkata...

takutnya...

dah klik2 HB

Hezesuze berkata...

cik ina
tau xpe uols...weols pun gegeh duk carik nama pelakon...tpi dia ni selalu berlakon drama je kekdahnye kan...payah gak tu nak carik hehehe

haishh no probelmo ler uols...weols pun anak sulong so nak gak merasa ada kakak bagai ni ahaksss...

kaseh
tu ler mintak2 dijauhkan dari benda2 tu sume kan

suzz
hanya wartawan yang tulis artikel ni jek yang tau sapekah artis tu hehehe

ieda
tau xpe sbb tu suka jadi org bese2 jek hehehe

rasp
ye lah uols...

farra
entah ler uols...weols pun xtau sape huhu

kakyong
mmg takot kan siap bercerai berai dibuatnye...thanks klik hb weols ngeeee