Bantu klik HB akak ni ye...terima kasih banyak2!!

Selasa, Disember 21, 2010

TERKINI Kemalangan Bas lagik

TERKINI Kemalangan di Simpang Pulai-Cameron Highlands

Setakat ini dah 28 orang yang terbunuh dalam Kemalangan di KM15 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai.. semua penumpang merupakan pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong rakyat Malaysia..

Ikuti berita yang disiarkan awal petang tadi..
IPOH: Dua puluh enam orang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.


Sumber dari - BERNAMA



**ajal maut sume ditangan ALLAH swt tapi now weols takotlak nak naik bas...

5 ulasan:

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

Sekarang ni banyak sangat accident. bawak laju, kalau tak laju, kemalangan cam tu dapat dielakkan.Dugaan, harap bersabar sapa yang ditimpa musibah tu.

Tanpa Nama berkata...

ngeri kak..
takut plak nk naik bas rasa

rasp berkata...

memang ngeri tul kejadian accident gini...

Farra Dhelina berkata...

musim hujan kan..tapi lagi satu..penah dgr org ckp.. sbb hujung tahun..mmg byk meragut nyawa..ntah lah..wallahualam.. mgkn kebetulan pun ye jugak..

Z.u.r.a and I.w.a.n berkata...

ngeri tgk..huhu..